*Sweet Tooltips. * Disable Right Click

Label

This blog was opened on 18 February 2011 ! Hopefully you all can give me support for my blog! Keep reading ^_^ !

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan Kareem..

Assalamualaikum sahabat-sahabatku,

Kita sekarang sedang berada di bulan Ramadhan yang Mulia. Kedatangan bulan ini membawa satu rahmat yang amat besar bagi kita semua. Syaitan sudah diikat, tetapi hawa nafsu masih lagi berlegar disekeliling kita. Jangan ingat kita susah nak buat dosa dalam bulan ini walaupun syaitan sudah tidak dapat menggangu kita. Kalau nafsu tidak ada, jadi malaikat lah semua. Ramai yang masuk syurga. Kalau ada syaitan, lagi kuatlah kot hasutan dia tu. Haa.. sebelum syaitan dilepaskan nanti perbanyakkanlah beramal jariah macam bersedekah, tolong orang, bertadarus al-Quran dan banyak lagilah. Pahala digandakan tau. Kalau boleh, target habiskan satu Quran masa bulan Ramadan ini. Sehari 1 Juz.

Tu jelah yang Angah nak beritahu serba sedikit pada hari ini. Rasanya tak sabar nak tunggu sepuluh malam terakhir. Hehehe. Malam Lailatul Qadar nanti malaikat rahmat turun bagi rahmat bagi sesiapa yang beramal pada malam tersebut. Nauzubillah malaikat turun macam mana. Tapi harap-harap dapatlah kita semua berjumpa malam tersebut. Aminn..

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..\

No comments:

Post a Comment