*Sweet Tooltips. * Disable Right Click

Label

This blog was opened on 18 February 2011 ! Hopefully you all can give me support for my blog! Keep reading ^_^ !

Friday, April 2, 2010

Selamat hari lahir, Ummi !!

MasyaAllah. Rasa baru je sekejap Angah ada dengan Ummi. Tengok-tengok dah 5 bulan tak bersama dengan Ummi. Bila fikir-fikir balik, "Eh, dah nak masuk bulan 4 lah. Awal bulan 4 hari lahir Ummi. Angah rasa baru je masuk bulan satu." Tak sangka ya hari ni dah masuk 2 April. Hehe. Hmm, Angah kene sambut hari jadi Ummi dekat Mesir lah pulak kali ni.

Sebenarnya Angah nak hadiahkan apa ya dekat Ummi? Kalau nak hadiahkan barang, mana ada duit nak beli lagipun akan hilang dan rosak jika tak guna dengan baik. Kalau nak hadiahkan bunga, takkan nak post laju bunga dari Mesir ke Malaysia. Kalau nak hadiah makanan, nanti akan dimakan masuk dalam perut. Angah nak hadiahkan benda yang berfaedah dan boleh tahan lama sangat-sangat. Haa.. kalau macam tu Angah hadiahkan doa je lah dekat Ummi. Berfaedah dan bukannya setakat tahan lama, boleh guna untuk akhirat pulak tu.

"Ya Allah, panjangkanlah usia Ummiku dan seluruh ahli keluargaku. Lapangkanlah dada mereka dan bukalah hati mereka untuk mereka menerima segala nasihat dan kebaikan. Tempatkanlah mereka dikalangan orang-orang yang bertaqwa dan beramal soleh. Ampunilah dosa mereka. Permudahkanlah urusan mereka. Ubatilah segala keresahan dihati mereka. Tambahkanlah iman mereka. Tambahkanlah keyakinan mereka terhadap-Mu. Hindarilah mereka dari ujian yang berat. Matikanlah mereka didalam keimanan, ketaqwaan serta keredhaan dan limpah kurnia rahmatmu ya Allah yang Maha Pengasih. Selawat dan junjungan Nabi Muhammad saw, para sahabat baginda, tabi' dan tabi'en serta keluarga baginda."

Terima kasih Angah ucapkan pada Ummi sebab dah banyak didik dan jaga Angah selama ni. Bukan tu je yang Ummi buat untuk Angah, banyak lagi. Moga-moga doa anak-anak Ummi boleh menenangkan hati seorang ibu dan boleh membantu Ummi terus berbakti untuk akhirat kelak.
\

No comments:

Post a Comment