*Sweet Tooltips. * Disable Right Click

Label

This blog was opened on 18 February 2011 ! Hopefully you all can give me support for my blog! Keep reading ^_^ !

Thursday, March 18, 2010

Perkara yg membatalkan keislaman...

Assalamualaikum,


Antum semua sihat? Alhamdulillah. Ana pun sihat. Kita semua jaga dari segi anggota badan, anggota ibadah macam mane pulak, ok? Kebiasaannya kita semua ni terlupa jugak nak jaga ibadah kita termasuk ana sekali lah. Kita dah pasti ke diri kita ni sempurna dari segi ibadah? Susah ya nak jaga ibadah kita biar jadi sempurna. Ana pun banyak lalai jugak..haizz. Oklah, hari ni ana nak bagitahu kat antum semua tentang perkara yang dapat batalkan keislaman kita.



1. Syirik dalam beribadah kepada Allah.

"Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan padanya surga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang dzalim itu seseorang penolong pun." (Al Maidah: 72).


2. Menjadikan sesuatu sebagai perantara dengan Allah.


3. Siapa yang tidak mengafirkan orang-orang musrik.


4. Siapa yang meyakini bahwa petunjuk selain Rasulullah saw lebih sempurna ari petunjuk beliau.


5. Siapa yang membenci sebagian dari ajaran Rasulullah.


6. Siapa yang memperolok-olok salah satu ajaran yang dibawa oleh Rasulullah saw. Atau memperolok-olok pahala dan siksaan yang diperoleh maka ia juga kafir.


7. Perbuatan sihir dengan segala bentuknya.


8. Berpaling dari agama Allah dengan wujud tidak mempelajarinya dan tidak mengamalkannya.


9. Mendukung dan membantu orang-orang musrik untuk mencelakakan kaum muslimin.


10. Orang yang meyakini bahwa ada golongan manusia tertentu yang dibolehkan keluar dari syari'ah Muhammad.


Dan tidak ada perbedaan antara pelaku-pelaku sepuluh hal tersebut diatas, baik ia dalam keadaan main-main, bersungguh-sungguh, atau karena takut ketika melakukannya -kecuali orang yang dipaksa untuk melakukannya. Semuanya adalah bahaya yang sangat besar dan sangat sering terjadi. Maka hendaknya setiap muslim dapat menghindarinya dan selalu menghawatirkan dirinya dari hal-hal tersebut.


Ana takut sangat bila ana baca bab-bab murtad dan syirik ni. Oklah, sampai setakat itu sahajalah yang dapat ana berikan pada antum semua. Sebenarnya artikel kat atas yang antum bace tadi ni ana copy sikit-sikit yang ana tak boleh buat sebab ana malas nak tulis nak tulis panjang-panjang. Lagipun susah sikit nak fikir kat CC ni, lain lah kalau kat rumah kan.


Tolong doakan ana dengan abang ana supaya mudah masuk al-Quran, kuat ingatan, sentiasa ingat kepada Allah dan Rasul, sentiasa dalam keadaan sihat, sentiasa didalam keredhaan Allah subhaanahu wata'ala, tidak lupa kepada ibubapa, sentiasa turuti arahan Allah s.w.t dan meninggalkan larangannya. Ana pun insyaallah akan doakan antum semua sentiasa dalam keaadaan sihat sejahtera dunia dan akhirat dan sentiasa dalam keredhaan Allah subhaanahu wata'ala dan banyak lagilah. Selawat dan salam atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW dan juga para sahabat, tabi' dan tabi'en serta keluarga beliau.Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
\

No comments:

Post a Comment