*Sweet Tooltips. * Disable Right Click

Label

This blog was opened on 18 February 2011 ! Hopefully you all can give me support for my blog! Keep reading ^_^ !

Friday, March 12, 2010

Malasnya nak edit post baru!

Assalamualaikum,

Antum apa khabar? Ana harap antum semua sihat. Antum mesti dah tak sabar nak tunggu bila blog ana ni bergerak balik. Hari ni ana dah nak start balik dah blog ni insya-allah. Minta maaflah sebab lama tak edit post baru, lagipun ana sibuk kebelakangan ni. Hmm.. hari ni ana tak nak tulis panjang sangat sebab tak ada semangat pulak hari ni, hehehe.. Sebenarnya dalam seminggu ana ada dua hari je masa lapang. Samalah macam antum semua. Dua hari tu ana kadang-kadang rasa malas jugak nak edit blog.

Asal malas nak edit blog?
(Asal ana malas nak edit blog? Eh! Siapa tanya tu? Haha.. Ana la.)

Biasanya kalau dekat komputer rumah senang sikit nak fikir dengan cari bahan untuk blog. Boleh fikir panjang. Kalau dekat CC terganggu pulak dengan orang yang main komputer sebelah, bunyi-bunyian, orang keluar masuk.. Fikiran pun jadi serabut. Bukan setakat serabut, otak pun nak tercabut. Takot-takot kalau keterlaluan sangat jadi macam tulah.

Oklah.. sampai setakat tu sahajalah coretan ana pada kali ni. Haa.. satu lagi ana nak pesan. Tolong doakan ana dengan abang ana supaya mudah masuk al-Quran, kuat ingatan, sentiasa ingat kepada Allah dan Rasul, sentiasa dalam keadaan sihat, sentiasa didalam keredhaan Allah subhaanahu wata'ala, tidak lupa kepada ibubapa, sentiasa turuti arahan Allah s.w.t dan meninggalkan larangannya. Ana pun insyaallah akan doakan antum semua sentiasa dalam keaadaan sihat sejahtera dunia dan akhirat dan sentiasa dalam keredhaan Allah subhaanahu wata'ala dan banyak lagilah. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

" Demi masa! Sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan pesan memesan dengan kebenaran serta pesan memesan dengan kesabaran." (Surah Al-Asr, Ayat 1-3)\

No comments:

Post a Comment