*Sweet Tooltips. * Disable Right Click

Label

This blog was opened on 18 February 2011 ! Hopefully you all can give me support for my blog! Keep reading ^_^ !

Friday, March 26, 2010

Doakan Wan Angah...

Assalamualaikum.

Semalam Angah buka blog Ummi Angah untuk baca artikel baru. Bila Angah buka je, "Uiih, Wan sakit ke?", Angah terkejut bila dapati Wan terlantar sakit di hospital. Tak taulah hospital mana. Lepas Angah habis baca artikel tu terus Angah inform kat Along, "Along, baca blog Ummi Along. Wan sakit." Tak lama kemudian, terus Along buka dan baca blog Ummi.

Cerita dia macam ni, Ki dah kejut Wan berkali-kali untuk bangun solat Subuh tapi tak bagun jugak seolah-olah macam orang pitam. Pada pukul pukul jam 6.2 pagi, terus Ki telefon Abi untuk datang membuat pemeriksaan kecemasan. Ummi Abi pun terus call ambulan dan Wan diberikan rawatan segera. Alhamdulillah, Wan sedar juga akhirnya namun keadaan Wan tetap tidak bermaya.

Kini, Wan dah pulang kembali ke kampung halamannya setelah diberi rawatan di hospital. Dengar cerita dari Ummi Angah sendiri keadaan Wan seperti bayi yang baru lahir di dunia yang baru, tidak tahu arah tuju dan mana tempat dia berada sekarang. Tapi alhamdulillah, Wan masih lagi ingat nama cucu-cucu Wan. Yang paling menyedihkan, Wan acap kali menyebut nama Nyang yang telah lama meninggal. Kesian Wan...

Angah rasa rindu pulak dekat Wan Ki Angah. Angah tak nak bila Angah balik nanti tak boleh jumpa Wan pulak. Tak seronak lah. Selama ni Wan dah banyak bagi nasihat dan banyak berkorban kat Along dan Angah. Angah harap apa yang Wan lakukan selama ni diredhai Allah dan hidup Wan Ki sentiasa dalam rahmat Allah swt.

Dan yang penting sekali Angah nak minta, kawan-kawan tolong doakan nenek Angah supaya sentiasa dalam rahmatullah dan setiap perbuatan yang dilakukan sentiasa diredhai-Nya...
\

No comments:

Post a Comment