*Sweet Tooltips. * Disable Right Click

Label

This blog was opened on 18 February 2011 ! Hopefully you all can give me support for my blog! Keep reading ^_^ !

Sunday, July 12, 2009

Alhamdulillah...

Bismillahhirrahmanirrahim...

Syukur kehadrat illahi setelah sekian lama Angah bertarung selama enam bulan lebih untuk mendapatkan yang terbaik dalam Arab Fushah dan `Ammi, akhirnya Angah pun dapat tempat kelima walaupun tidak berjaya untuk menumpas abangku Ammar yang mendapat tempat keempat. Bahkan, tempat yang pertama, kedua dan ketiga adalah abang-abang senior kami...mereka adalah saingan yang sukar dicabar kerana otak-otak mereka bergeliga sekali...he2

Dan Angah ucapkan terima kasih semua termasuk juga kedua ibubapa saya kerana sudi mendoakan Angah untuk dapat pergi tuntut ilmu di Mesir...

Sebelum berpisah dengan ustaz dan rakan-rakan, ustaz memberikan pada semua ahli kursus sijil tamat kursus intensif....

Sijil tamat kursus di PPIWF pada 11/7/2009 :

Sijil 1

Sijil 2

Sekali lagi Angah bersyukur pada
Allah S.W.T kerana telah memberikan Angah kesempatan untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Mesir.Walaupun Angah akan berpisah dengan keluarga mengikut logiknya tetapi Angah tetap akan berada dekat dihati keluarga.

Diakhir catatan Angah kali ni, Angah harap kepada rakan-rakan Angah yang tidak bersama Angah ketika di Mesir nanti dapat mempelajari dan memahami ilmu Islam dengan cemerlang.
Good Luck...

Sekian sedikit coretan ringkas daripada Angah.
Wassalamualaikum...
\

No comments:

Post a Comment