*Sweet Tooltips. * Disable Right Click

Label

This blog was opened on 18 February 2011 ! Hopefully you all can give me support for my blog! Keep reading ^_^ !

Friday, April 15, 2011

Dulu..

Tahun ni... Telah 4 tahun ana tgglkan skolah lame ana.. tpi masih lgi trngiang2 suara kwn ana... rindu yg tramat sgt.. ana dah susah nk jumpe kwn2 ana.. sbb semue dah tukar skolah lepas UPSR due tahun lpas..

Izzat, Sharid, Nazmi... antum igt x lagi pngalaman kite jadikan lorong kecemasan dulu tmpt port kite semue main siasat2 pelajar.. :).. Ana rindu kn mse tuh... Tpi ana tnggal kn skolah lgi awal dri antum.. Sharid.. enta tukar skolah awl setahun dr ana kn.. Izzat, Nazmi.. enta berdue smpat habiskan skolah smpai drjah enam kn.. antum bertige maseh igt lgi x rumah seni yg lelaki satu kelas buat nk kalah kan pelajar perempuan punyer rumah yg x siap.. xD.. Best kn zaman tu..
kalaulh ana brsame antum lgi sampai sekarang.. insyaAllah ana akn luangkan lgi mse bersame antum semue.. krne antum lah kwn ana yg pling berharge smpai sekarang.. :) susah lh nk cari kwn mcm antum..

Izzat.. entalah kwn ana yg pling baik.. slalu teman kn ana kt mne2 jer.. Tme kaseh kt enta sbb slalu menjadi pencerie ana kt skolah tu.. ana x sempat nk ucapkn walau sepatah pon kt enta mse ana nk kluar dulu.. Maaf kn ana..

Sharid.. Enta juge stu geng ngan ana dulu kn? enta byk bg idea kt kiteorg dulu kn.. :D

Nazmi.. enta enta juge lagi menambah mesra kn kitorang dulu.. :)

dan...
kwn perempuan yg pling ana igt dye ber'geng rapat' dulu ade tige org..

Iffah, Siti, Nik.. enti sekwn juge kwn perempuan ana yg pling baik.. :D dan byk ambil berat psl pelajar kelas kite.. :D

dan kwn2 sekelas yg laen..
ana brterime kaseh sgt kt semue rkn sekelas ana sbb pernah menjadi rakan ana yg pling ana syg.. ana harap semuenye dpt lagi belajar elok2 n dpt tangkap ilmu yg cg ajar semue.. n dpt amalkn.. :D maafkn ana sbb ana x sempat nk ucapkan semue ni mse ana kluar dulu.. :D
lgpon ana kluar mengejot.. :( mungkin tulah yg trbaik utk ana.. :D

ana harap rakan2 ana semue dpt jalani khidupan blajar yg baik.. :D harap pngalaman pahit manis kite x dlupakan.. :D krane pengalam tidah boleh dgantikan dgn nilai walaupon byk skali pon.. alam persekolahan dtg hanye skali.. :D jadi gunekn lh ia sebaik2 nyer.. :D

ana harap rakan2 ana dpt bace yg ana tulis ni.. :D inilah catitan ana buat rakan2 sekelas ngn ana.. :D mungkin nnt kite akn dpt lgi berjumpe.. mana lh tahukn.. :D

dan stu lgi ana mintak.. boleh x korang doakan ana supye lepas perikse i'dadi naek thanawi.. insyaAllah ana akn sentiase mendoakan kalian..

Antum Da'iman Fi Qolbi..
You all always in my heart..

\

Sunday, February 20, 2011

Goodbye my old blogger !

Assalamualaikum !

Today i'm going to tell you that i leave my old blog coz i have so many problem with my old blog.. Especially when i want to design it. 2 days ago, my cousin came to my house, he slept there. That night, he suggested to me that i must create a new blog. And i'm accepting his word.. ^_^

And now i'm making a new blog.. i copied all my old posted to this blog..
( If you want to see my old blog.. go to anasroslan.blogspot.com)
\

Friday, February 18, 2011

Dgn 10 sen...

"Maka Tuhannya menerimanya (sebagai nazar) dengan penerimaan yang baik, dan mendidiknya dengan pendidikan yang baik dan Allah menjadikan Zakariya pemeliharanya. Setiap Zakariya masuk untuk menemui Maryam di mihrab, ia dapati makanan di sisinya. Zakariya berkata: "Hai Maryam dari mana kamu memperoleh (makanan) ini?" Maryam menjawab: "Makanan itu dari sisi Allah." Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendaki-Nya tanpa hisab." (Surah Ali-Imran, 37)

\

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan Kareem..

Assalamualaikum sahabat-sahabatku,

Kita sekarang sedang berada di bulan Ramadhan yang Mulia. Kedatangan bulan ini membawa satu rahmat yang amat besar bagi kita semua. Syaitan sudah diikat, tetapi hawa nafsu masih lagi berlegar disekeliling kita. Jangan ingat kita susah nak buat dosa dalam bulan ini walaupun syaitan sudah tidak dapat menggangu kita. Kalau nafsu tidak ada, jadi malaikat lah semua. Ramai yang masuk syurga. Kalau ada syaitan, lagi kuatlah kot hasutan dia tu. Haa.. sebelum syaitan dilepaskan nanti perbanyakkanlah beramal jariah macam bersedekah, tolong orang, bertadarus al-Quran dan banyak lagilah. Pahala digandakan tau. Kalau boleh, target habiskan satu Quran masa bulan Ramadan ini. Sehari 1 Juz.

Tu jelah yang Angah nak beritahu serba sedikit pada hari ini. Rasanya tak sabar nak tunggu sepuluh malam terakhir. Hehehe. Malam Lailatul Qadar nanti malaikat rahmat turun bagi rahmat bagi sesiapa yang beramal pada malam tersebut. Nauzubillah malaikat turun macam mana. Tapi harap-harap dapatlah kita semua berjumpa malam tersebut. Aminn..

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..\

Saturday, August 7, 2010

Berkat Membaca Bismillah

Pada zaman dahulu, ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.

Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.

Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."

Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

\

Wednesday, August 4, 2010

Pengorbanan Suci Seorang Insan

Seorang pemuda sedang dalam satu perjalanan yang jauh, berasa amat letih. Dia pun berhenti berehat di satu kawasan perkampungan dan melepaskan kudanya mencari makan di situ. Oleh kerana keletihan, pemuda itu tertidur di bawah pokok. Kudanya yang kelaparan merayau di satu kawasan ladang dan meragut tanaman di situ. Tidak berapa lama kemudian, sang petani yang memiliki ladang itu pun balik. Melihatkan habis tanamannya musnah, petani itu hilang kesabaran lalu membunuh kuda yang memakan tamannya.

Apabila terjaga dari tidur, pemuda itu mencari kudanya. Puas dia mencari tidak juga berjumpa. Akhirnya dia ternampak bangkai kudanya di sebuah ladang. Melihat keadaan itu, dia menjadi marah dan mencari pembunuh kudanya. Dia terus meluru ke sebuah rumah berhampiran.

Sebaik saja menjumpai tuan rumah, dia terus menghamun dan berlakulah pergaduhan dan akhirnya petani itu terbunuh. Peristiwa itu diketahui orang ramai. Pemuda itu dibawa berjumpa khalifah untuk diadilkan. Mengikut hukum qisas, bunuh dibalas dengan bunuh. Khalifah memerintahkan supaya dia dipenjarakan sehari semalam sebelum dia dipancung pada jam 5:00 keesokan petangnya. Pemuda itu merayu supaya dia dibenarkan balik dahulu berjumpa ibunya untuk menyelesaikan satu perkara yang amat mustahak.

Khalifah tidak meluluskan rayuan pemuda itu. Namun pemuda itu tidak berputus asa dan terus merayu sambil menyatakan dia mempunyai tanggungjawab yang mesti diselesaikan sebelum dia dihukum bunuh. Dia berjanji akan balik segera sebaik saja urusannya selesai. Khalifah meminta pandangan waris si mati. Anak petani itu tidak mengizinkan pemuda itu pergi kerana bimbang dia tidak akan datang lagi untuk menerima hukuman mati.

Berkali-kali pemuda itu merayu dan bersumpah akan datang semula, namun tiada seorangpun menunjukkan tanda simpati. Akhirnya tampil seorang tua menuju mengadap khalifah menyatakan kesanggupan untuk menjadi tebusan bagi membolehkan pemuda itu balik ke rumah. Orang tua itu tidak lain tidak bukan ialah Abu Zar, seorang sahabat Nabi yang banyak merawikan Hadith. Melihat apa yang berlaku, semua hadirin tercengang dan sebahagian besar memarahi Abu Zar kerana tindakannya yang membahayakan diri sendiri. Abu Zar berjanji untuk menjadi tebusan dan membenarkan pemuda itu pulang menyelesaikan masalahnya. Melihat kejadian ini, pemuda itu menjadi tenang dan mengikat janji bahawa dia akan pulang semula untuk pancung sebaik sahaja urusannya selesai. Abu Zar faham kegagalan pemuda itu menunaikan janji akan mengakibatkan nyawanya tergadai.

Ketika ditanya Khalifah bagaimana dia sanggup meletakkan dirinya dalam keadaan membahayakan, Abu Zar menerangkan demi keluhuran Islam, dia sangat malu melihat tiada siapapun sanggup menghulurkan bantuan ketika pemuda asing itu dalam kesusahan yang amat sangat. Pemuda itu dibenarkan pulang ke rumah sementara Abu Zar pula dikurung di penjara. Pada keesokan petangnya, penuh sesak manusia menuju ke istana khalifah untuk menyaksikan episod yang mencemaskan. Ramai menganggap Abu Zar akan dibunuh kerana kemungkinan besar pemuda itu tidak akan datang menyerahkan lehernya untuk dipancung. Saat yang mendebarkan berlaku apabila beberapa minit lagi jam lima petang, pemuda itu masih belum tiba. Abu Zar dikeluarkan dari kurungan. Kegagalan pemuda itu menghadirkan diri akan menyebabkan Abu Zar menjadi mangsa.

Di saat terakhir, orang ramai melihat kelibat seorang lelaki menunggang seekor kuda dengan amat kencang sekali. Ketika itu riak cemas orang ramai bertukar menjadi reda. Tepat sekali bagaimana dijanjikan pemuda itu sampai genap jam lima petang. Pemuda itu lantas turun di hadapan Khalifah seraya meminta maaf kerana 'terlambat' menyebabkan suasana tegang dan cemas. Pemuda itu menerangkan sepatutnya dia sampai lebih awal, tetapi terlewat disebabkan tali kudanya putus di tengah perjalanan. Dia menerangkan urusan yang dikatakannya amat penting dulu ialah kerana terpaksa menyelesaikan tanggungjawabnya sebagai penjaga harta anak-anak yatim dan menyerahkan tugas itu kepada ibunya. Pemuda itu berjumpa Abu Zar untuk mengucapkan terimakasih di atas kesanggupannya menjadikan dirinya sebagai tebusan. Selepas itu dia segera ke tempat dilakukan hukuman pancung. Ketika pengawal hendak menghayun pedangnya, tiba-tiba anak petani dengan suara yang kuat meminta hukuman dibatalkan. Dengan rela hati dia memaafkan kesalahan pemuda itu. Mendengar kata-kata anak petani itu, pemuda itu amat lega dan terus sujud tanda syukur kepada Allah.\

Friday, April 2, 2010

Selamat hari lahir, Ummi !!

MasyaAllah. Rasa baru je sekejap Angah ada dengan Ummi. Tengok-tengok dah 5 bulan tak bersama dengan Ummi. Bila fikir-fikir balik, "Eh, dah nak masuk bulan 4 lah. Awal bulan 4 hari lahir Ummi. Angah rasa baru je masuk bulan satu." Tak sangka ya hari ni dah masuk 2 April. Hehe. Hmm, Angah kene sambut hari jadi Ummi dekat Mesir lah pulak kali ni.

Sebenarnya Angah nak hadiahkan apa ya dekat Ummi? Kalau nak hadiahkan barang, mana ada duit nak beli lagipun akan hilang dan rosak jika tak guna dengan baik. Kalau nak hadiahkan bunga, takkan nak post laju bunga dari Mesir ke Malaysia. Kalau nak hadiah makanan, nanti akan dimakan masuk dalam perut. Angah nak hadiahkan benda yang berfaedah dan boleh tahan lama sangat-sangat. Haa.. kalau macam tu Angah hadiahkan doa je lah dekat Ummi. Berfaedah dan bukannya setakat tahan lama, boleh guna untuk akhirat pulak tu.

"Ya Allah, panjangkanlah usia Ummiku dan seluruh ahli keluargaku. Lapangkanlah dada mereka dan bukalah hati mereka untuk mereka menerima segala nasihat dan kebaikan. Tempatkanlah mereka dikalangan orang-orang yang bertaqwa dan beramal soleh. Ampunilah dosa mereka. Permudahkanlah urusan mereka. Ubatilah segala keresahan dihati mereka. Tambahkanlah iman mereka. Tambahkanlah keyakinan mereka terhadap-Mu. Hindarilah mereka dari ujian yang berat. Matikanlah mereka didalam keimanan, ketaqwaan serta keredhaan dan limpah kurnia rahmatmu ya Allah yang Maha Pengasih. Selawat dan junjungan Nabi Muhammad saw, para sahabat baginda, tabi' dan tabi'en serta keluarga baginda."

Terima kasih Angah ucapkan pada Ummi sebab dah banyak didik dan jaga Angah selama ni. Bukan tu je yang Ummi buat untuk Angah, banyak lagi. Moga-moga doa anak-anak Ummi boleh menenangkan hati seorang ibu dan boleh membantu Ummi terus berbakti untuk akhirat kelak.
\